18 Mei 2011
Program Merentas Desa SKPC 2011
Urusetia yang terlibat sebagai pencatat dan penjaga masa
Di dalam program ini saya terlibat sebagai urusetia dokumentasi. Saya turut serta bersama-sama para peserta melalui perjalanan hampir 5km merentasi perkampungan, kebun getah dan buah-buahan. Pengalaman yang amat menarik walaupun saya mengalami sakit otot kaki selepas program tamat. Saya juga bersama beberapa urusetia yang lain turut menguruskan tayangan filem sebagai tontonan murid-murid sebelum mereka pulang.