twitter
rss

Khamis, Januari 28, 2010

PROSES PEMBINAAN CITAKULAB...


PERSEKITARAN SK PADANG CHICHAK KINI...




SEJARAH SK PADANG CHICHAK

Institut persekolahan di Padang Chichak bermula pada 01-02-1954 di atas sebuah kawasan di tapak sebuah masjid Kg. Padang Chichak sekarang iaitu lebih kurang 3 km dari sekolah yang wujud sekarang ini. Seramai 35 orang pelajar di bawah bimbingan Cikgu Osman bin Bakar mengharungi dunia pembelajaran selama 3 jam sehari di bawah bangunan 120 kaki x 20 kaki bertiangkan kayu bulat, atap rumbia dan berdindingkan buluh yang dibina secara bergotong-royong oleh penduduk tempatan. Perasmian bangunan dan pengikhtirafan sebagai sekolah rakyat disempurnakan oleh Guru Pelawat Yan/Sik pada 01-02-1955.

Peristiwa 1957 di mana bangunan yang dibina roboh dipukul ribut telah membuka tirai baru ke arah mendapatkan sebuah bangunan lebih sempurna. Hasil usaha gigih Guru besar, Jawatankuasa Kampung dan penduduk Padang Chichak dan sekitarnya, Kementerian pelajaran telah meluluskan peruntukan bagi membina sebuah bangunan baru. Pembinaan sekolah baru bermula di atas tapak sekolah sekarang dan siap pada tahun 1960 dengan 6 bilik darjah, sebuah pejabat dan sebuah stor. Perasmian telah dilaksanakan oleh Menteri Pendidikan Encik Khir bin Johari. Pada tahun yang sama Sekolah rakyat Padang Chichak telah dinaikkan taraf menjadi sekolah kerajaan dan merupakan antara sekolah pertama di Negeri Kedah menjadi sekolah kerajaan.

Khamis, Januari 21, 2010

WeLCome To SK Padang Chichak

Latar Belakang SK Padang Chichak
Menurut cerita guru yang lama di sekolah ini, nama SK Padang Chichak adalah kesilapan sewaktu pendaftaran nama sekolah dahulu ketika baru dibuka. Sepatutnya nama sekolah adalah SK Padang Chichar yang diambil sempena nama pokok chichar yang juga terdapat pada logo sekolah. Walaupun kini pokok tersebut telah tiada lagi, namun pihak sekolah telah mengambil inisiatif menanam semula pokok tersebut di sekitar padang sekolah supaya generasi akan datang boleh mengenali pokok tersebut. Terletak di kawasan kampung yang minoritinya adalah siam. Kedudukan kawasan sekolah dikelilingi oleh ladang getah. Mempunyai persekitaran yang cantik dan padang yang luas. Seramai 384 orang pelajar termasuk pra-sekolah mengikuti sesi pembelajaran di sini dan diajar oleh 32 orang guru. Terdapat 12 kelas keseluruhannya dimana 2 kelas bagi setiap tahun/darjah.