twitter
rss

Sabtu, Jun 18, 2011

Merentas Desa

18 Mei 2011




Program Merentas Desa SKPC 2011


semua peserta melakukan marshal / senaman regangan terlebih dahulu




Urusetia yang terlibat sebagai pencatat dan penjaga masa



Larian kumpulan pertama dilepaskan oleh Guru Besar SKPC, En Mohd Khalid bin Abd Rahman

Peserta larian melalui kawasan kebun getah


Peserta menerima tiket di 'check point' sebagai pengesahan laluan



Urusetia penjaga lalu lintas dan 'check point'



Majlis penyampaian pingat bagi peserta yang mencatat masa terbaik mengikut kategori




Di dalam program ini saya terlibat sebagai urusetia dokumentasi. Saya turut serta bersama-sama para peserta melalui perjalanan hampir 5km merentasi perkampungan, kebun getah dan buah-buahan. Pengalaman yang amat menarik walaupun saya mengalami sakit otot kaki selepas program tamat. Saya juga bersama beberapa urusetia yang lain turut menguruskan tayangan filem sebagai tontonan murid-murid sebelum mereka pulang.


Jumaat, Jun 17, 2011

Sambutan Hari Guru SKPC 2011

Khamis,19 Mei 2011


"Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara"


Sambutan Hari Guru SKPC 2011 adalah anjuran sepenunya Citakulab SKPC dengan kerjasama murid-murid SKPC sebagai urusetia majlis.
Persembahan kumpulan koir


Kumpulan Koir Citakulab


Naib YDP PIBG turut hadir memeriahkan majlis.


Para guru dan jemputan disambut oleh urusetia penyambut tetamu di kalangan murid-murid.


Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar walaupun berlaku sedikit kekalutan kerana ini adalah majlis pertama yang diuruskan sepenuhnya oleh murid-murid khusus untuk guru-guru.
Turut hadir IT Fasilitator Citaku labs SK Batu Lima, SK Jeneri, SK Mohd Ariff Abdullah dan SK Kalai. Terima kasih kepada semua yang hadir.....










Kem Kreatif ICT 2011







"Kem Kreatif ICT 2011" telah pun berlangsung pada cuti persekolahan pertengahan tahun.



2 Program berlangsung pada minggu pertama cuti dan minggu ke dua cuti iaitu "Movie Maker" dan "Publisher". Untuk program movie maker, sambutannya agak memberansangkan di mana seramai 21 orang murid menyertainya. Tetapi untuk program publisher hanya 6 orang sahaja menyertainya. Namun begitu, kelas pembelajaran berjalan seperti yang telah dirancang.



Menyiapkan Nota...






Setelah pembelajaran secara praktikal dilaksanakan, murid-murid akan menyalin nota untuk simpanan pada masa depan.




Sabtu, April 23, 2011

Pembelajaran Kelas Citakulab













Bulan April


Pembelajaran penggunaan perisian "The Magic Book". Perisian ini mampu meningkatkan daya kreativiti murid serta kecekapan mereka menggunakan tetikus ketika mewarna dan menangkap bebola warna yang mereka ingini.





















Perkhemahan Pengakap Daerah Sik

Tarikh : 17 Feb - 19 Feb 2011
Tempat : SK Seri Ampang Muda, Belantik, Sik, Kedah
Tujuan : Sebagai guru pengiring membawa 3 orang murid wakil sekolah.














































Kenangan Tahun 6 & Hari Anugerah 2010









Kumpulan koir yang dilatih oleh saya sendiri untuk persembahan Hari Anugerah Kecemerlangan Murid 2010.




















Kenangan bersama murid tahun 6 2010















Program Cuti Sekolah - IT Mentor Kids

Tarikh : 20 Dis - 23 Dis 2010 (4 hari)
Masa : 8.30am - 1.00pm
Sasaran : murid-murid tahun 1 hingga 5
Modul : Microsoft Office 2007 (word, excel, power point)
Jumlah Peserta : 25 orang










Program ini disertai oleh murid-murid terpilih yang berpotensi dalam pembelajaran IT. Mereka diberi pendedahan awal untuk menjadi pembantu pembelajaran atau mentor kepada rakan-rakan sekelas mereka pada tahun 2011.







Program Cuti Sekolah - IT Smart Kids


Tarikh : 29 Nov - 01 Dis 2010 (3 hari)
Masa : 8.30am - 1.00pm
Sasaran : Murid Tahun 6 (lepasan UPSR 2010)
Modul : Microsoft Office 2007 (word, excel, power point)
Jumlah peserta : 22 orang




























Perkhemahan Perdana - 7 hingga 9 Oktober 2010



Perkhemahan berlangsung selama 3 hari di Sek. Keb. Padang Chichak. Saya bertugas menyediakan bahan dokumentasi termasuklah sebagai fotografer. Selain itu, saya turut bertugas menguruskan aktiviti sepanjang perkhemahan dan kebajikan murid. Dengan pengalaman dan ilmu yang diterima semasa training selama sebulan di ECT Taiping dan menerima sijil pertolongan cemas, saya mempraktikkannya dalam aktiviti perkhemahan dengan mengajar murid-murid pula.

Kem Motivasi Tahun 6 - 30 & 31 Julai 2010

Program ini berlangsung di Keda Resort Bendang Man, Baling, Kedah selama 2 hari. Saya berkampung di sana mengawal aktiviti murid dan kebajikan mereka sepanjang masa bermula majlis perasmian sehingga majlis penutup. Selain itu, saya ditugaskan di bahagian teknikal ( pemasangan laptop dan LCD Projektor untuk ceramah) serta dokumentasi (fotografer).