twitter
rss

Sabtu, Jun 18, 2011

Merentas Desa

18 Mei 2011




Program Merentas Desa SKPC 2011


semua peserta melakukan marshal / senaman regangan terlebih dahulu




Urusetia yang terlibat sebagai pencatat dan penjaga masa



Larian kumpulan pertama dilepaskan oleh Guru Besar SKPC, En Mohd Khalid bin Abd Rahman

Peserta larian melalui kawasan kebun getah


Peserta menerima tiket di 'check point' sebagai pengesahan laluan



Urusetia penjaga lalu lintas dan 'check point'



Majlis penyampaian pingat bagi peserta yang mencatat masa terbaik mengikut kategori




Di dalam program ini saya terlibat sebagai urusetia dokumentasi. Saya turut serta bersama-sama para peserta melalui perjalanan hampir 5km merentasi perkampungan, kebun getah dan buah-buahan. Pengalaman yang amat menarik walaupun saya mengalami sakit otot kaki selepas program tamat. Saya juga bersama beberapa urusetia yang lain turut menguruskan tayangan filem sebagai tontonan murid-murid sebelum mereka pulang.


Jumaat, Jun 17, 2011

Sambutan Hari Guru SKPC 2011

Khamis,19 Mei 2011


"Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara"


Sambutan Hari Guru SKPC 2011 adalah anjuran sepenunya Citakulab SKPC dengan kerjasama murid-murid SKPC sebagai urusetia majlis.
Persembahan kumpulan koir


Kumpulan Koir Citakulab


Naib YDP PIBG turut hadir memeriahkan majlis.


Para guru dan jemputan disambut oleh urusetia penyambut tetamu di kalangan murid-murid.


Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar walaupun berlaku sedikit kekalutan kerana ini adalah majlis pertama yang diuruskan sepenuhnya oleh murid-murid khusus untuk guru-guru.
Turut hadir IT Fasilitator Citaku labs SK Batu Lima, SK Jeneri, SK Mohd Ariff Abdullah dan SK Kalai. Terima kasih kepada semua yang hadir.....










Kem Kreatif ICT 2011







"Kem Kreatif ICT 2011" telah pun berlangsung pada cuti persekolahan pertengahan tahun.



2 Program berlangsung pada minggu pertama cuti dan minggu ke dua cuti iaitu "Movie Maker" dan "Publisher". Untuk program movie maker, sambutannya agak memberansangkan di mana seramai 21 orang murid menyertainya. Tetapi untuk program publisher hanya 6 orang sahaja menyertainya. Namun begitu, kelas pembelajaran berjalan seperti yang telah dirancang.



Menyiapkan Nota...






Setelah pembelajaran secara praktikal dilaksanakan, murid-murid akan menyalin nota untuk simpanan pada masa depan.