twitter
rss

Sabtu, April 23, 2011

Program Cuti Sekolah - IT Mentor Kids

Tarikh : 20 Dis - 23 Dis 2010 (4 hari)
Masa : 8.30am - 1.00pm
Sasaran : murid-murid tahun 1 hingga 5
Modul : Microsoft Office 2007 (word, excel, power point)
Jumlah Peserta : 25 orang










Program ini disertai oleh murid-murid terpilih yang berpotensi dalam pembelajaran IT. Mereka diberi pendedahan awal untuk menjadi pembantu pembelajaran atau mentor kepada rakan-rakan sekelas mereka pada tahun 2011.







Program Cuti Sekolah - IT Smart Kids


Tarikh : 29 Nov - 01 Dis 2010 (3 hari)
Masa : 8.30am - 1.00pm
Sasaran : Murid Tahun 6 (lepasan UPSR 2010)
Modul : Microsoft Office 2007 (word, excel, power point)
Jumlah peserta : 22 orang




























Perkhemahan Perdana - 7 hingga 9 Oktober 2010



Perkhemahan berlangsung selama 3 hari di Sek. Keb. Padang Chichak. Saya bertugas menyediakan bahan dokumentasi termasuklah sebagai fotografer. Selain itu, saya turut bertugas menguruskan aktiviti sepanjang perkhemahan dan kebajikan murid. Dengan pengalaman dan ilmu yang diterima semasa training selama sebulan di ECT Taiping dan menerima sijil pertolongan cemas, saya mempraktikkannya dalam aktiviti perkhemahan dengan mengajar murid-murid pula.

Kem Motivasi Tahun 6 - 30 & 31 Julai 2010

Program ini berlangsung di Keda Resort Bendang Man, Baling, Kedah selama 2 hari. Saya berkampung di sana mengawal aktiviti murid dan kebajikan mereka sepanjang masa bermula majlis perasmian sehingga majlis penutup. Selain itu, saya ditugaskan di bahagian teknikal ( pemasangan laptop dan LCD Projektor untuk ceramah) serta dokumentasi (fotografer).